Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24) - Kementerian Dalam Negeri Perancis telah menutup empat masjid di ibu kota negara itu selepas mendapati rumah ibadat tersebut digunakan untuk mempromosikan unsur radikal. Perkara itu dilaksanakan di bawah akta darurat dalam usaha negara tersebut menangani isu radikalisme yang telah mengakibatkan beberapa siri serangan yang berprofil tinggi sebelum ini.
Penutupan itu diluluskan oleh Menteri Dalam Negeri, Bernard Cazeneuve berdasarkan undang-undang darurat Perancis yang membolehkan rumah ibadat ditutup jika digunakan untuk mencetuskan kebencian atau keganasan.
"Dengan menggunakan aktiviti kebudayaan sebagai sebagai samaran, tempat berkenaan giat mempromosikan ideologi radikal yang bertentangan dengan nilai negara ini sekaligus meemberi risiko terhadap keselamatan dan ketenteraman awam," menurut kenyataan kementerian tersebut.
Terdapat lebih kurang 2500 masjid dan ruangan sembahyang di Perancis di mana 120 daripadanya didapati menyebarkan fahaman Salafi yang bersifat radikal.
Perancis berada di dalam keadaan berwaspada sejak beberapa siri serangan oleh militan Islam yang mengorbankan 130 orang di Paris dalam November 2015. Undang-Undang darurat itu kemudiannya dilanjutkan sehingga akhir Januari ini, berikutan sebuah serangan menggunakan trak di bandar raya Nice, yang meragut 84 nyawa
Penutupan itu diluluskan oleh Menteri Dalam Negeri, Bernard Cazeneuve berdasarkan undang-undang darurat Perancis.
Perancis Tutup 4 Buah Masjid Yang Didakwa Sebar Fahaman Radikal.
3 November 2016 - 18:11
News ID: 789641
Kementerian Dalam Negeri Perancis telah menutup empat masjid di ibu kota negara itu selepas mendapati rumah ibadat tersebut digunakan untuk mempromosikan unsur radikal.